Dua projek rundingan terus KPKT di luar pengetahuan menteri

Zuraida Kamaruddin
Zuraida Kamaruddin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin menegaskan dua projek yang diluluskan secara rundingan terus kepada kementeriannya semasa pentadbiran terdahulu dibuat di luar pengetahuan beliau.

Bagaimanapun, Zuraida dalam kenyataannya hari ini memberi jaminan KPKT akan menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

Beliau berkata demikian merujuk kepada dua daripada 101 projek rundingan terus membabitkan kementeriannya sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan sepertimana didedahkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Isnin lepas. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: KPKT tidak terlibat pemberian projek secara rundingan terus

Kementerian Kewangan dedah senarai 20 kementerian

Artikel Berkaitan: