Pokok petai 'menangis' di Kota Bharu

Seorang kanak-kanak menunjukkan air yang dapat ditakung di dalam botol dan bekas minuman di hadapan pokok petai di Kampung Petani, Sering.
Seorang kanak-kanak menunjukkan air yang dapat ditakung di dalam botol dan bekas minuman di hadapan pokok petai di Kampung Petani, Sering.
A
A
A

KOTA BHARU - Sebatang pokok petai berusia 30 tahun di Kampung Petani, Sering di sini, seakan-akan 'menangis' apabila menitiskan air jernih umpama hujan renyai sejak minggu lalu.

Kejadian pelik bermula jam 8 malam hingga 6 pagi turut menarik perhatian penduduk setempat dan orang ramai yang datang ke lokasi untuk menyaksikan sendiri keanehan itu.

Seorang penduduk dikenali sebagai Ayah Long, 59, berkata, kejadian pokok petai 'menangis' itu disedari seorang penduduk yang lalu di jalan bersebelah pokok itu ketika pulang dari surau selepas mengerjakan solat Isyak, Isnin lalu.

“Pada mulanya, penduduk memaklumkan kepada saya paip bocor dan saya bawa lampu suluh untuk lihat sendiri keadaan di hadapan rumah saya itu, tapi semasa berada di bawah pokok, saya terasa seperti terkena hujan renyai.

“Apabila hala lampu ke atas, nampak air jatuh dari dahan dan daun pokok itu. Kejadian mula heboh dan ramai yang datang untuk melihat pokok petai 'menangis' ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

Kanak-kanak Kampung Petani memegang botol yang mengandungi air dari pokok petai itu.
Kanak-kanak Kampung Petani memegang botol yang mengandungi air dari pokok petai itu.

Sementara itu, seorang lagi penduduk juga penyampai radio KELANTANfm, Azidi Abdullah, 26, berkata, kejadian hanya dapat dilihat bermula waktu malam selepas Maghrib dan rintik air tersebut mula berhenti menjelang Subuh.

“Pada waktu siang begini kita akan dapat lihat tompokan air di atas jalan dan dahan pokok yang masih basah seolah-olah disiram air.

Artikel Berkaitan:

“Saya sendiri berasa pelik dan datang melihat sendiri kejadian ini. Ramai yang mula datang menadah air berkenaan untuk dibawa pulang, ada juga yang minum, membasuh muka dan mandi air yang berbau petai itu,” katanya.