Nelayan hilang dipercayai terjatuh laut

Sektor pencarian nelayan warga Thailand hilang dipercayai terjatuh dalam laut ketika menangkap ikan pada jarak 19.3 batu nautika barat daya Pulau Songsong petang semalam. Gambar kecil: Supakorn Ruanggkaew
Sektor pencarian nelayan warga Thailand hilang dipercayai terjatuh dalam laut ketika menangkap ikan pada jarak 19.3 batu nautika barat daya Pulau Songsong petang semalam. Gambar kecil: Supakorn Ruanggkaew
A
A
A

KUALA KEDAH - Seorang nelayan dilaporkan hilang dipercayai jatuh ke laut ketika menangkap ikan pada jarak 19.3 batu nautika barat daya Pulau Songsong petang semalam.

Pengarah Zon Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata, Pusat Sub Penyelamat Maritim (MRSC) Langkawi segera mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 4 petang.

Mahmad Faizal berkata, berdasarkan laporan mangsa Supakorn Ruanggkaew, 48, keluar ke laut bersama empat lagi nelayan dengan menaiki sebuah bot pukat tunda.

"Bagaimanapun, kehilangan kru bot nelayan warganegara Thailand itu disedari kira-kira jam 3 petang ketika hendak menaikkan pukat.

"Susulan itu, kita menyambung semula operasi SAR hari ini melibatkan sebuah kapal dan sebuah bot APMM, sebuah bot Pasukan Polis Marin dan sebuah bot Angkatan Pertahanan Awam," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, sektor pencarian lelaki berkenaan hari ini yang juga dibantu 15 bot nelayan tempatan meliputi kawasan seluas 78.22 batu nautika persegi.

Mahmad Faizal berkata, sebarang aduan dan kes kecemasan di laut boleh dilaporkan melalui talian 24 jam MERS atau menghubungi Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Kuala Kedah di talian 047310579.

Artikel Berkaitan: