Dua bot nelayan, tujuh kru ditahan ceroboh taman laut

Empat daripada tujuh nelayan yang ditahan. - Foto Maritim Mersing
Empat daripada tujuh nelayan yang ditahan. - Foto Maritim Mersing
A
A
A

MERSING - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), melalui Zon Maritim Mersing menahan dua bot nelayan tempatan serta tujuh kru, termasuk tekong kerana disyaki melakukan kesalahan melanggar syarat sah lesen (perikanan).

Menurut Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Saadin, dua bot Kelas B itu ditahan pada kedudukan lebih kurang 0.3 batu barat Pulau Mensirip sekitar jam 12.30 tengah hari semalam.

Katanya, kedua-dua bot nelayan tersebut juga didapati telah berlabuh di dalam taman laut pada kedudukan kurang dua batu nautika dari daratan, pada Sabtu.

Tiga daripada tujuh kru (nelayan) yang ditahan. - foto Maritim Mersing
Tiga daripada tujuh kru (nelayan) yang ditahan. - foto Maritim Mersing

"Ketika melaksanakan Op Jaksa dan Op Tiris pada Sabtu, pasukan peronda Maritim Malaysia telah menahan dua buah bot nelayan tempatan serta tujuh kru (nelayan), termasuk tekong di kedudukan lebih kurang 0.3 batu barat Pulau Mensirip.

"Ketika pemeriksaan mendapati, kedua-dua bot nelayan tempatan itu disyaki telah melakukan kesalahan melanggar syarat sah lesen iaitu berlabuh di dalam taman laut pada kedudukan kurang dua batu nautika dari daratan dan pemilik kedua-dua bot nelayan tersebut tidak mengusahakannya (taman laut) sendiri.

"Siasatan juga mendapati kesemua nelayan tersebut merupakan warga tempatan berusia dalam lingkungan 26 hingga 55 tahun termasuk tekong," katanya.

Salah sebuah bot yang ditahan. - Foto Maritim Mersing
Salah sebuah bot yang ditahan. - Foto Maritim Mersing

Kedua-dua bot serta kesemua kru ditahan sebelum dibawa ke jeti Maritim Malaysia Teluk Gading untuk diserahkan kepada kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Kedua-dua kesalahan tersebut disiasat di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen seperti yang ditetapkan.

Pihak Maritim Malaysia juga mengingatkan kepada semua komuniti nelayan tempatan agar mematuhi undang-undang dan tidak melanggar syarat lesen perikanan yang telah ditetapkan.

Satu lagi bot yang ditahan. - foto Maritim Mersing
Satu lagi bot yang ditahan. - foto Maritim Mersing

Bagi sebarang aduan dan salah laku jenayah maritim atau sebarang kejadian kecemasan di laut, orang ramai boleh segera menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-219 9404 atau MERS 999 untuk tindakan segera.