Jamal Yunos dipanggil ke Bukit Aman

Jamal hadir ke Bukit Aman untuk membantu siasatan memorandum berkaitan judi haram di Ampang.
Jamal hadir ke Bukit Aman untuk membantu siasatan memorandum berkaitan judi haram di Ampang.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman semalam bagi membantu siasatan berhubung memorandum mengenai pendedahan mengenai aktiviti judi haram di Ampang.

Jamal berkata, beliau bersedia membantu Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam usaha membanteras aktiviti perjudian haram.

"Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Abdul Hamid kerana prihatin terhadap isu perjudian haram," katanya pada sidang di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini semalam.

Jamal bersama peguamnya, Datuk Mohd Imran Tamrin hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada jam 3.45 petang.

Menurutnya, pihaknya melihat pihak berkuasa kini giat melaksanakan operasi bersepadu ke atas premis perjudian haram di seluruh negara.

"Saya berharap tauke dan pengusaha premis perjudian itu turut dibawa ke muka pengadilan," katanya.

Pada 19 Ogos lalu, Jamal menyerahkan memorandum itu kepada Abdul Hamid untuk menggesa PDRM melakukan siasatan berhubung pendedahan beliau mengenai aktiviti perjudian haram di Taman Kosas, Ampang sejak 2015.

Memorandum setebal enam halaman itu diterima oleh pegawai perhubungan awam PDRM.

Artikel Berkaitan:

Jamal berharap Abdul Hamid tidak melindungi mana-mana pegawainya termasuk yang telah bersara sekiranya didapati menyalahgunakan kuasa melindungi kegiatan judi haram.