Pelihara identiti bangsa Malaysia

Malaysia dan rakyat jelatanya bakal meraikan Hari Kemerdekaan ke-63 bagi dekad baharu tahun 2020 pada tanggal 31 Ogos yang bakal menjelma hujung bulan ini.
Malaysia dan rakyat jelatanya bakal meraikan Hari Kemerdekaan ke-63 bagi dekad baharu tahun 2020 pada tanggal 31 Ogos yang bakal menjelma hujung bulan ini.
A
A
A

Malaysia dan rakyat jelatanya bakal meraikan Hari Kemerdekaan ke-63 bagi dekad baharu tahun 2020 pada tanggal 31 Ogos yang bakal menjelma hujung bulan ini.

Sambutan Hari Kemerdekaan pada dekad baharu ini cukup janggal berbanding sebelum ini lantaran ancaman krisis pandemik Covid-19 yang melanda Malaysia sehingga mencetuskan gelombang besar yang menjurus kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Hari Kemerdekaan negara sinonim dengan perihal kebebasan pada kali ini agak tergugat berikutan daripada implementasi memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) oleh pihak kerajaan dan Kementerian Kesihatan di seluruh negara sebagai langkah pencegahan wabak berbahaya itu.

Tragedi ancaman pandemik ini sebenarnya telah membawa sinar solidariti kepada rakyat yang berbilang bangsa, budaya dan agama serta mengukuhkan lagi perpaduan nasional.

Lidah pengarang akhbar harian Makkal Osai berkata, solidariti kaum antara kaum majoriti dan minoriti menjadi rahsia dan nadi utama kepada kegemilangan pembentukan serta tampuk pemerintahan Malaysia.

Perbezaan itu turut berperanan sebagai akar umbi yang berkuasa dalam membina identiti berbilang bangsa ke arah bangsa Malaysia kelak.

Sejajar dengan tema Hari Kemerdekaan tahun ini iaitu Malaysia Prihatin, sama ada pihak kerajaan mahupun rakyat sememangnya bersikap prihatin bukan sahaja dalam membendung krisis pandemik, pada masa sama memelihara keamanan, kesejahteraan dan silaturahim antara satu sama lain demi tanah air tercinta.

Menurut Makkal Osai, sungguhpun suasana ketidakstabilan politik semakin terjadi sejak kebelakangan ini dan mengundang kepada revolusi perpecahan parti-parti politik serta menimbulkan ideologi politik yang bercanggah dengan pegangan sistem pemerintahan negara.

Artikel Berkaitan:

Sensitiviti

Namun, kesemua agenda berbaur negatif itu langsung tidak dapat memecahbelahkan ‘keluarga’ Malaysia yang sudah pun menjangkau usia lebih 60 tahun itu.

Rakyat negara ini juga membuktikan bahawa mereka tidak akan berkompromi kepada mana-mana anasir luar yang berani menyentuh sensitiviti kaum.

Akhbar Makkal Osai turut kesal dengan tindakan segelintir ahli politik yang sengaja menyalakan api kemarahan antara kaum majoriti dan minoriti apabila mempertikaikan hak, kedudukan serta keistimewaan dinikmati mereka.

Lebih mendukacitakan, ahli Parlimen yang berstatus wakil rakyat berbilang bangsa dan menjadi suara Parlimen mereka tampil berdebat di Dewan Rakyat mengenai variasi isu-isu sensitif rakyat serta mencemarkan kesucian dewan berkenaan.

Kemajuan dan pembangunan yang dicapai serta dinikmati rakyat hari ini menjadi realiti hanya melalui ideologi perkongsian kuasa dan bukan daripada kuasa mutlak.

Setiap kaum di negara ini telah menyumbang tenaga, masa dan bakti mereka dalam membina kemajuan Malaysia serta berdiri sama saban kali negara dilanda musibah politik mahupun ekonomi.

Bagaikan kacang lupakan kulit, segala sumbangan dan bakti setiap kaum tidak wajar dilupakan begitu sahaja demi kepentingan keperibadian pemimpin negara yang sepatutnya memelihara identiti bangsa Malaysia.

Perjalanan hidup selama 63 tahun bersama rakyat berbilang bangsa telah pun mematangkan pemikiran setiap rakyat di negara ini. Malah, perkahwinan campuran pula mewujudkan hubungan persaudaraan antara kaum yang cukup unik.

Justeru, hak keistimewaan kaum majoriti mahupun pembangunan sekolah vernakular buat yang minoriti semakin dilihat sebagai keunikan biodiversiti Malaysia.

Sempena Hari Kemerdekaan ini, ayuh seluruh rakyat Malaysia menghargai kepelbagaian ekosistem politik, ekonomi dan sosial negara yang menjadi hak kebebasan sebenar.