Tanah runtuh: Laluan Ajil-Jerangau ditutup kepada semua kenderaan

Adun Ajil,Maliaman Kassim (kanan) turut meninjau lokasi kejadian tanah runtuh malam tadi. -Foto netizen.
Adun Ajil,Maliaman Kassim (kanan) turut meninjau lokasi kejadian tanah runtuh malam tadi. -Foto netizen.
A
A
A

HULU TERENGGANU - [DIKEMASKINI] Jalan utama Ajil – Jerangau terpaksa ditutup pada semua kenderaan pagi ini berikutan kejadian tanah runtuh di Kampung Pela berhampiran jambatan dekat Sekolah Kebangsaan Peroh, Ajil, di sini, malam tadi.

Laluan Ajil-Jerangau ditutup untuk semua kenderaan pagi ini bagi kerja-kerja pembaikan jalan runtuh di Kampung Pela berhampiran jambatan berdekatan SK Peroh, Ajil.
Laluan Ajil-Jerangau ditutup untuk semua kenderaan pagi ini bagi kerja-kerja pembaikan jalan runtuh di Kampung Pela berhampiran jambatan berdekatan SK Peroh, Ajil.

Ketua Polis Hulu Terengganu, Deputi Superitendan Mohd Adli Mat Daud berkata penutupan itu bagi jalankan kerja-kerja pembaikan dan akan ditutup sehingga urusan selesai dijalankan.

"Pagi ini, laluan terlibat ditutup kepada semua kenderaan dan jangka masa penutupan bergantung kepada kerja-kerja berkaitan dijalankan selesai nanti.

"Bertindak atas maklumat jam 11.50 malam tadi, pihak polis ke lokasi kejadian dan mendapati telah berlaku pemendapan tanah yang mengakibatkan sebahagian jalan utama Ajil – Jerangau terpaksa ditutup pada satu lorong.

"Hasil perbincangan dengan pihak Roadcare, jalan dibuka untuk kenderaan ringan kawasan kampung sahaja dan ditutup sepenuhnya bagi kenderaan berat pada malam tadi. Pagi ini ditutup untuk semua.

"Kenderaan dari arah lampu isyarat Ajil lencongan dibuat melalui Bukit Perah – Marang, manakala dari Bukit Besi lencongan dibuat jalan Jerangau ke Kuala Dungun.

"Papan tanda berkaitan telah dipasang di simpang Bukit Besi dan lampu isyarat Ajil. Tiada kemalangan jiwa dan keadaan baik terkawal," katanya.

Artikel Berkaitan:

Kejadian tanah runtuh di laluan utama Ajil-Jerangau di Kampung Pela berhampiran jambatan Sekolah Kebangsaan Peroh, Ajil, malam tadi. - Foto PDRM
Kejadian tanah runtuh di laluan utama Ajil-Jerangau di Kampung Pela berhampiran jambatan Sekolah Kebangsaan Peroh, Ajil, malam tadi. - Foto PDRM

Ujarnya lagi, jalan alternatif boleh dilalui ialah Jalan Kg Tok Dor-Kg Mok Mek- Felda Bukit Bading, simpang lampu isyarat Ajil–Bukit Perah-Marang serta Bukit Besi–Jerangau – Kuala Dungun.