Warga Iraq ditahan sebabkan satu siri nahas lebuh raya

Seorang anggota polis berjalan dekat sebuah kereta yang terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah motosikal di sebuah lebuh raya di Berlin, Jerman kelmarin - Foto AFP
Seorang anggota polis berjalan dekat sebuah kereta yang terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah motosikal di sebuah lebuh raya di Berlin, Jerman kelmarin - Foto AFP
A
A
A

BERLIN - Seorang lelaki Iraq mencetuskan satu siri kemalangan lebuh raya di Berlin menyebabkan enam orang cedera termasuk tiga serius sehingga pihak pendakwa raya semalam menganggapnya sebagai suspek beragama Islam yang mahu melakukan satu serangan.

Polis berkata, dia telah mengakibatkan tiga kemalangan di sebuah lebuh raya di daerah Tempelhof-Schoeneberg sebelum jam 7 petang kelmarin.

Selepas terlbat dalam perlanggaran dengan sebuah motor, dia keluar dari keretanya dan memberitahu beberapa saksi bahawa sebuah kotak logam di dalam kenderaan itu mengandungi sebuah objek berbahaya yang mana polis kemudian menyatakan bahawa dakwaan tersebut adalah palsu.

Suspek itu yang hanya dikenali sebagai warga Iraq berumur 30 tahun menyasarkan mangsa-mangsanya terutaman penunggang motosikal dalam satu pemburuan 'ganjil', kata seorang jurucakap pendakwa raya pada satu sidang akhbar.

Media tempatan melaporkan dia menjerit 'Allahuakbar' apabila dia keluar dari sebuah kereta Opel Astra yang berwarna gelap.

"Kemungkinan berlakunya satu serangan Islam tidak boleh diketepikan. Kenyataan daripada tertuduh mencadangkan bahawa seorang penyokong Islam telah mendorongnya (melakukan perbuatan itu).Terdapat juga petunjuk kestidakstabilan psikologi (terhadap suspek)," kata beberapa orang pendakwa raya.

Dia kemudian ditangkap berhubung dakwaan melakukan percubaan membunuh dalam sekurang-kurangnya tiga kes dan hakim semalam memutuskan dia ditempatkan di sebuah kemudahan rawatan psikiatrik.

Setakat ini, beberapa penyiasat tidak menemui sebarang kaitannya dengan sebuah pertubuhan pengganas, kata pihak pendakwa raya. - AFP

Artikel Berkaitan: