Gempa bumi dengan magnitud 5.8 gegarkan timur Taiwan

Gambar hiasan. Foto 123RF
Gambar hiasan. Foto 123RF
A
A
A

TAIPEI - Gempa bumi dengan magnitud 5.8 melanda pesisir pantai Daerah Hualien di timur Taiwan pada pukul 3.45 petang Jumaat, lapor Agensi Berita Pusat (CNA) yang memetik data daripada Pentadbiran Cuaca Pusat (CWA).

Pusat gempa itu terletak di laut, 32.8 kilometer (km) timur laut Dewan Daerah Hualien, pada kedalaman 10 km, menurut data CWA.

Keamatan gempa, yang mengukur kesan sebenar kejadian seismik, didapati paling tinggi di kawasan sempadan antara Daerah Hualien dan Yilan yang mencapai tahap 4 pada skala keamatan 7 peringkat Taiwan.

Gempa bumi itu turut mencatat keamatan 3 di New Taipei, Taichung, dan Daerah Nantou, menurut data CWA.

Tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan setakat ini. - Bernama/CNA

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: