Sila log masuk terlebih dahulu.

Cake fail saman ke atas pencetus Kluster PUI Sivagangga

Setiausaha Cake, Mohamma Yusrizal Yusoff menunjukkan dokumen tuntutan saman lebih RM1juta oleh penduduk Napoh terhadap pemilik Restoran Nasi Kandar Salleh, Nezar Mohamed Shadur Batcha (gambar kanan).
Setiausaha Cake, Mohamma Yusrizal Yusoff menunjukkan dokumen tuntutan saman lebih RM1juta oleh penduduk Napoh terhadap pemilik Restoran Nasi Kandar Salleh, Nezar Mohamed Shadur Batcha (gambar kanan).
A
A
A

ALOR SETAR - [DIKEMASKINI] Persatuan Pengguna Kedah (Cake) memfailkan saman lebih RM1 juta hari ini terhadap pemilik Restoran Nasi Kandar Salleh atas dakwaan mencetuskan kluster PUI Sivagangga.

Setiausaha Cake, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, pihaknya selaku plaintif mewakili kira-kira 200 penduduk Napoh dan lima badan bukan kerajaan (NGO) mengemukakan saman menuntut pembelaan dan keadilan sewajarnya atas kerugian yang dialami.

Mohamad Yusrizal berkata, saman melalui Tetuan Zunun & Co menamakan pemilik restoran nasi kandar yang dikatakan menjadi pencetus Kluster Sivagangga iaitu Nezar Mohamed Shadur Batcha sebagai defendan.

"Sejak ditularkan minggu lepas, kita telah menerima hampir 200 tuntutan terdiri daripada empat kategori iaitu pemilik perniagaan, pekerja pemilik perniagaan, pekerja gaji harian yang terjejas pendapat dan penduduk sekitar Napoh dan Megat Dewa.

"Cake turut menerima tuntutan lima NGO melibatkan Jawatankuasa Peniaga RTC Pekan Napoh, Kelab Usahawan Belia Napoh, Persatuan Peniaga Kecil dan Penjaja Napoh dan dua Persatuan Penduduk Napoh yang bersama memfailkan saman terhadap pemilik restoran itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di perkarangan Kompleks Mahkamah Alor Setar selepas selesai memfailkan saman berkenaan hari ini.

Turut hadir, peguam Tetuan Zunun & Co, Mohammad Zunun Baihakky.

ARTIKEL BERKAITAN: Penduduk Napoh saman pemilik Nasi Kandar Salleh RM1 juta

Artikel Berkaitan:

Katanya, tindakan memfailkan saman berdasarkan Neighbourhood Principle atau Prinsip Kejiranan, sebagai contohnya kes Donoghue lawan Stevenson pada 1932 ataupun dikenali sebagai kes siput babi dalam botol.

Beliau berkata, sebanyak lima jenis tuntutan ganti rugi difailkan termasuk ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, ganti rugi norminal dan ganti rugi meruncing ke atas pemilik restoran itu.

Mohamad Yusrizal berkata, jumlah yang dituntut itu bagi memberi pengajaran supaya tidak sewenang-wenang melanggar arahan kuarantin ditetapkan.

Tambahnya, tindakan defendan menyebabkan kesan negatif dan bahaya kepada penduduk sekitar akibat penularan jangkitan koronavirus (Covid-19) dan penutupan premis perniagaan, sekolah serta rumah ibadat hingga melumpuhkan ekonomi pekan Napoh.

Beliau berkata, peniaga di kawasan terbabit mengalami kerugian teruk dan kehilangan pendapatan apabila tidak boleh berniaga seperti biasa sejak Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikuatkuasakan di kawasan itu.

"Cake turut memfailkan Interim Injuction iaitu sekatan sementara terhadap pemilik restoran itu daripada keluar dari kawasan Napoh atau Malaysia termasuk pulang ke negara asalnya, India sehingga kes selesai," katanya.