1,990 anak pokok durian seludup dirampas

Pelbagai barangan runcit seludup dipercayai dari Thailand berjumlah RM96,836 turut dirampas oleh PGA Batalion 8 Pengkalan Chepa di Stesen Bas Rantau Panjang.
Pelbagai barangan runcit seludup dipercayai dari Thailand berjumlah RM96,836 turut dirampas oleh PGA Batalion 8 Pengkalan Chepa di Stesen Bas Rantau Panjang.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 Pengkalan Chepa merampas 1,990 batang anak pokok durian dari Thailand yang cuba diseludup masuk ke negara ini secara tidak sah menggunakan laluan tikus di Kampung Tok Deh, di sini semalam.

Rampasan jam 1 tengah hari itu dilakukan hasil rondaan rutin anggota PGA Batalion 8 yang telah terserempak dengan sekumpulan lelaki sedang memunggah anak-anak pokok durian itu masuk ke dalam sebuah lori.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 8 Pengkalan Chepa, Muhammad Shamsuddin berkata, nilai keseluruhan rampasan termasuk lori yang digunakan untuk kegiatan haram itu berjumlah RM199,500.

"Sejurus menyedari kehadiran PGA, kumpulan lelaki berkenaan yang sedang memunggah anak-anak pokok durian itu terus bertindak melarikan diri bagi mengelakkan dicekup anggota penguat kuasa," katanya.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut ke atas lori itu membawa kepada penemuan anak pokok durian.

1,990 batang anak pokok durian dari Thailand yang cuba diseludup masuk ke negara ini secara tidak sah menggunakan laluan tikus di Kampung Tok Deh.
1,990 batang anak pokok durian dari Thailand yang cuba diseludup masuk ke negara ini secara tidak sah menggunakan laluan tikus di Kampung Tok Deh.

Katanya, kesemua rampasan diserahkan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kelantan.

"Kes disiasat bawah Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu dalam serbuan berasingan, Muhammad berkata, pihaknya merampas pelbagai barangan runcit seludup dipercayai dari Thailand berjumlah RM96,836 di Stesen Bas Rantau Panjang.

Menurut beliau, rampasan pada jam 9 malam itu dilakukan selepas anggota PGA menahan sebuah lori ketika melakukan rondaan rutin.