AirAsia sambung penerbangan KL- Singapura

AirAsia menggesa semua pelanggannya mematuhi peraturan diperlukan dan mengikut langkah keselamatan untuk penerbangan yang selamat antara Kuala Lumpur dan Singapura.
AirAsia menggesa semua pelanggannya mematuhi peraturan diperlukan dan mengikut langkah keselamatan untuk penerbangan yang selamat antara Kuala Lumpur dan Singapura.
A
A
A

KUALA LUMPUR - AirAsia sambung semula penerbangan Kuala Lumpur ke Singapura hari ini bagi bagi tujuan pelancongan dan rasmi berikutan pelaksanaan skim laluan hijau timbal balik (RGL) oleh kedua-dua negara.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, kedua-dua negara telah mengambil usaha yang berterusan dalam menangani penyebaran koronavirus (Covid-19) dan RGL merupakan langkah pertama ke arah memulihkan ekonomi, terutamanya bagi mereka yang mempunyai keperluan perjalanan yang penting di antara Singapura dan Malaysia.

“Kami tidak sabar-sabar untuk melihat lebih banyak 'zon perjalanan' dan 'laluan hijau' yang terbentuk di antara negara yang mempunyai kadar jangkitan yang rendah atau kes aktif termasuk sistem pembendungan penyakit yang terbukti bagi memudahkan keperluan perjalanan udara.

“Pada masa yang sama, kami menggesa semua pelanggan agar mematuhi peraturan yang diperlukan dan mengikut langkah keselamatan untuk penerbangan yang selamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Penerbangan berkenaan telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi pada 11.50 pagi tadi dan pulang semula klia2 pada 2.35 petang.

AirAsia akan terus mengkaji kesesuaian untuk memperkenalkan lebih banyak frekuensi penerbangan antara kedua-dua negara.

“AirAsia mengingatkan pelanggan mengenai keperluan perjalanan yang ditetapkan oleh kedua-dua negara di bawah skim RGL.

“Semua pelanggan yang masuk dan keluar untuk urusan perniagaan serta perjalanan rasmi antara Malaysia dan Singapura melalui RGL dikehendaki menyemak kelayakan dan keperluan perjalanan mereka sebelum berlepas mengikut jadual mereka," katanya.

Artikel Berkaitan:

Maklumat lanjut mengenai perkara tersebut boleh dibaca di halaman Keperluan Perjalanan AirAsia. - Bernama