Peluang miliki koleksi FH7 di AEON BIG

Pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim bergambar bersama beberapa produk FH7 pada Majlis Pelancaran Jenama Koleksi Peribadi Rasmi FH7 di AEON BiG Subang Jaya pada Rabu. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID
Pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim bergambar bersama beberapa produk FH7 pada Majlis Pelancaran Jenama Koleksi Peribadi Rasmi FH7 di AEON BiG Subang Jaya pada Rabu. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

PASAR raya AEON BiG (M) Sdn Bhd (AEON BiG) di sini menjadi lokasi pilihan bagi memasarkan FH7 iaitu barangan koleksi peribadi pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim atau lebih dikenali sebagai Mickey.

Pengarah Urusannya, Sheikh Farouk berkata, pihaknya mahu menjadi mentor atau inspirasi kepada atlet negara supaya cenderung ke arah perniagaan, pemasaran dan pengurusan kewangan yang lebih stabil pada masa depan.

Sheikh Farouk
Sheikh Farouk

Menurutnya, tempoh seseorang atlet dalam bidang sukan mempunyai had (tamat kontrak).

"Jadi, ini salah satu peluang atau persediaan awal kepada atlet negara kita untuk mempunyai sumber kewangan jangka masa panjang menerusi perniagaan.

"Kita akan kembangkan lagi jualan ke 21 cawangan AEON BiG di seluruh Semenanjung dalam masa terdekat tetapi bergantung kepada pengeluaran kerana bimbang permintaan lebih tinggi daripada jangkaan," katanya semasa sidang akhbar di AEON BiG cawangan Subang Jaya di sini pada Rabu.

Pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim (tengah) ketika sesi bersama peminat pada Majlis Pelancaran Jenama Koleksi Peribadi Rasmi FH7 di AEON BiG Subang Jaya pada Rabu. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID
Pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim (tengah) ketika sesi bersama peminat pada Majlis Pelancaran Jenama Koleksi Peribadi Rasmi FH7 di AEON BiG Subang Jaya pada Rabu. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID

Sementara itu, menurut Faisal, tempoh bagi menjayakan pelancaran koleksi peribadi tersebut mengambil masa lebih lima bulan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, penambahbaikan dari segi prestasi di atas padang akan dilakukan bagi memastikan koleksi tersebut terus mendapat sambutan daripada peminat bola sepak tanah air.

"Dengan peluang yang telah diberikan Ferhad Sports, saya akan buat yang terbaik dan meningkatkan kualiti permainan, sebab itu sahaja cara untuk buat orang (peminat) kenal dan mahu membeli produk FH7.

Faisal (kanan) bergambar bersama peminat cilik ketika sesi 'Meet & Greet' pada Rabu
Faisal (kanan) bergambar bersama peminat cilik ketika sesi 'Meet & Greet' pada Rabu

"Sebelum ini memang saya ada keluarkan jenama dan reka bentuk sendiri tetapi keluaran edisi kali ini sangat eksklusif kerana penghasilan lebih teratur serta tersusun," ujarnya.

Pengarah Urusan Ferhad Sports, Redza Habib pula berkata, ia adalah salah satu impian pihaknya untuk mempunyai satu jenama yang boleh dikomersialkan secara meluas.

Redza
Redza

Namun, Redza mengakui bukan mudah mahu merealisasikan hasrat tersebut tanpa bantuan daripada duta atau ikon terkenal.

"Jadi, kami mengambil keputusan memilih Faisal sebagai duta kami dan semua reka bentuk yang dihasilkan adalah daripada persetujuannya sendiri.

"Kami tawarkan barangan tersebut dengan harga berpatutan dan sesuai untuk semua golongan masyarakat.

"Saiz jersi daripada kanak-kanak hingga dewasa boleh didapati di AEON Big cawangan Subang Jaya bermula hari ini," jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!