Penunggang motosikal melambung bertembung kereta langgar lampu merah

SEREMBAN – Tular sebuah video di media sosial yang memaparkan seorang penunggang motosikal melambung selepas bertembung dengan kereta yang dipercayai melanggar lampu isyarat merah di Jalan Seremban-Kuala Pilah berhampiran lampu isyarat SIGC di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner, Mohamad Hatta Che Din berkata, kejadian berlaku jam 10.35 pagi melibatkan motosikal Yamaha Y15ZR ditunggang lelaki berusia 44 tahun dan sebuah kereta Nissan Sentra dipandu wanita warga emas berusia 66 tahun.
“Berdasarkan siasatan awal, motosikal itu bergerak dari arah Ampangan menuju ke Paroi. Namun setibanya di lokasi kejadian, kereta dipandu warga emas itu dipercayai tidak berhenti ketika lampu isyarat merah.
“Kereta itu membelok ke kanan dan melanggar bahagian hadapan motosikal," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Menurutnya, kejadian itu mengakibatkan penunggang motosikal cedera di muka dan badan dan telah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar untuk menerima rawatan.
Ujarnya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Mohd Zaman di talian 012-7173867 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan
"Kes disiasat mengikut Peraturan 17 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 17 LN 167/59)," katanya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Tragedi kepala air Sungai Pertak: Mangsa pertama ditemukan maut, tujuh masih hilang
10 November 2026 08:43amDua rentung kereta dinaiki lima individu terbabas, terbakar
10 November 2026 08:29am8 mangsa hilang dihanyutkan arus deras, 19 terkandas akibat kepala air
10 November 2026 07:05amTragedi dipanah petir: Mangsa merupakan dua beradik dan sepupu, sering habiskan masa bersama
09 November 2026 10:02pmTiga maut disambar petir
09 November 2026 05:44pmDulu 'mak guard', kini miliki harta RM77.4 bilion
09 November 2026 03:59pm8 mangsa hilang dihanyutkan arus deras, 19 terkandas akibat kepala air
10 November 2026 07:05amTragedi dipanah petir: Mangsa merupakan dua beradik dan sepupu, sering habiskan masa bersama
09 November 2026 10:02pm- Iklan -- Iklan -

