Terbabas rempuh pagar rumah

Keadaan kereta Honda City melanggar tembok pagar rumah di Jalan Harimau, Johor Bahru hari ini.
Keadaan kereta Honda City melanggar tembok pagar rumah di Jalan Harimau, Johor Bahru hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sebuah kereta dipandu seorang lelaki hilang kawalan sebelum merempuh pagar sebuah rumah di Jalan Harimau di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, Pusat Kawalan Daerah Johor Bahru Selatan menerima makluman berkaitan kemalangan melibatkan kereta jenis Honda City berwarna perak pada jam 6.45 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa pemandu kereta itu berada di lorong kiri mahu membelok ke arah pusat bandar sebelum hilang kawalan, lalu terbabas melanggar pembahagi jalan.

"Kereta itu kemudian merempuh tembok batu pagar rumah yang berada di tepi jalan tersebut.

"Bagaimanapun, pemandu kereta berusia 41 tahun hanya mengalami cedera ringan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pemandu kereta berkenaan dibawa menjalani ujian saringan air kencing dan didapati positif dadah jenis methamphetamine.

"Tangkapan dilakukan terhadap pemandu terbabit.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Artikel Berkaitan: