Saidi nafi Mahdzir minta ganjaran projek solar

Pengarah Urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsudin hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini bagi sambung bicara kes projek solar hibrid di sekolah luar bandar Sarawak membabitkan isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
 Foto: Bernama
Pengarah Urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsudin hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini bagi sambung bicara kes projek solar hibrid di sekolah luar bandar Sarawak membabitkan isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
 Foto: Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd (Jepak Holdings), Saidi Abang Samsudin memberitahu Mahkamah Tinggi semalam bahawa bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid tidak meminta sebarang ganjaran daripada beliau kerana membantu mendapatkan projek solar hibrid bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor, 68, berhubung projek tenaga solar itu berkata demikian ketika dicadangkan peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Rosmah bahawa Mahdzir telah meminta 20 peratus daripadanya sebagai upah membantu mendapatkan projek berkenaan.

Keterangan Saidi, 61, bercanggah dengan keterangan saksi pendakwaan ke-16 yang juga rakan perniagaannya, Rayyan Radzwill Abdullah sebelum ini yang memberitahu mahkamah bahawa bekas Menteri Pendidikan itu ada meminta 20 peratus daripada Jepak Holdings sebagai upah kerana membantu mendapatkan projek solar hibrid tersebut.

Akberdin yang kelihatan tidak berpuas hati dengan jawapan diberikan Saidi berterusan ‘menekan’ saksi itu mengenai hubungan Md Fuad dengan Mahdzir di mana peguam itu berkali-kali mencadangkan kepada Saidi bahawa Md Fuad menandatangani perjanjian itu bagi pihak Mahdzir.

Saksi ke-17 itu menegaskan bahawa dia tidak mengetahui apa hubungan Md Fuad dengan Mahdzir namun mengakui beliau menawarkan RM60 juta kepada Md Fuad selepas lelaki itu memberi jaminan akan mendapatkan Surat Setuju Terima (SST) bagi projek solar hibrid itu dalam tempoh sebulan.

Saidi bagaimanapun bersetuju dengan Akberdin bahawa beliau membayar RM40,000 untuk perbelanjaan penginapan perwakilan UMNO Bahagian Padang Terap, Kedah yang mana Mahdzir merupakan Ketua UMNO bahagian itu ketika menghadiri Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur pada tahun 2016.

Saidi dalam pada itu turut ditanya mengenai peranan penting dimainkan Setiausaha UMNO Bahagian Pekan, Pahang, Datuk Ahmad Aazmey Abu Talib dalam membantu Jepak Holdings mendapatkan projek solar itu di mana saksi itu mengakui bahawa beliau bersetuju memberi RM50 juta kepada Ahmad Aazmey sebagai upah menerusi perjanjian bertulis yang ditandatangani mereka (Saidi dan Ahmad Aazmey) pada 19 Julai 2016. - Bernama

Artikel Berkaitan: