Ajal ke tempat kerja

Anggota bomba mengeluarkan motosikal mangsa yang tersepit di bawah lori menggunakan peralatan khas.
Anggota bomba mengeluarkan motosikal mangsa yang tersepit di bawah lori menggunakan peralatan khas.
A
A
A

POKOK SENA - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya terlibat kemalangan dengan sebuah lori ketika dalam perjalanan ke tempat kerja dalam kejadian di Jalan Pokok Sena di sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Kanan Bomba Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pokok Sena bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kira-kira jam 8.33 pagi.

"Sebaik tiba di tempat kejadian didapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Wave berada di bawah lori jenis Hino 10 tan dan mengalami kecederaan parah.

"Anggota bomba mengeluarkan mangsa dan motosikal yang tersepit di bawah lori menggunakan peralatan khas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa yang berusia lingkungan 30-an itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan.

"Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. Pemandu lori berusia lingkungan 30-an tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Artikel Berkaitan: