Lelaki maut motosikal langgar belakang 4x4

Anggota polis menunjukkan lokasi sorang lelaki maut di kilometer 14, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis pada Khamis.
Anggota polis menunjukkan lokasi sorang lelaki maut di kilometer 14, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis pada Khamis.
A
A
A

GUA MUSANG - Seorang lelaki maut selepas dipercayai gagal mengawal motosikal ditungganginya sehingga melanggar belakang sebuah pacuan empat roda jenis Isuzu DMax yang berhenti kerana sekatan jalan raya di kilometer 14, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis di sini pada Khamis.

Kejadian jam 5.30 petang itu menyebabkan mangsa yang berusia 27 tahun telah terpelanting ke laluan bertentangan sebelum dilanggar oleh sebuah kereta jenis Proton Persona yang datang dari arah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Gua Musang namun telah meninggal dunia semasa menerima rawatan.

"Jenazah kemudian dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

"Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan maut," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut beliau, siasatan lanjut masih dijalankan.