Tiga kedai dobi diarah tutup, dikompaun

Tiga kedai dobi layan diri diarah tutup dan dikenakan kompaun kerana tidak mematuhi SOP yang ditetapkan.
Tiga kedai dobi layan diri diarah tutup dan dikenakan kompaun kerana tidak mematuhi SOP yang ditetapkan.
A
A
A

KEPALA BATAS- Tiga buah kedai dobi layan diri dikenakan kompaun selain diarahkan tutup selama tujuh hari kerana didapati tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, ketiga-tiga buah premis itu dikenakan tindakan dalam Ops Bersepadu bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dijalankan bermula jam 4 petang semalam.

"Ketika pemeriksaan, kita mendapati ketiga-tiga kedai dobi layan diri tersebut tidak mematuhi SOP PKPP seperti yang diarahkan.

"Selain tidak mengambil suhu pelanggan dan tidak menggunakan aplikasi MySejahtera, premis itu juga didapati tidak mencatat butiran pelanggan dan tidak memakai pelitup muka," katanya ketika dihubungi pagi tadi.

Noorzainy berkata, pihaknya akan sentiasa menjalankan operasi dari masa ke semasa untuk memastikan semua pihak mematuhi SOP seperti yang ditetapkan.

Artikel Berkaitan: