New Zealand tangguh pilihan raya umum

Ardern pada sidang media yang diadakan di bangunan parlimen Beehive di Wellington, New Zealand hari ini. Foto: Xinhua
Ardern pada sidang media yang diadakan di bangunan parlimen Beehive di Wellington, New Zealand hari ini. Foto: Xinhua
A
A
A

MOSCOW - Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern memutuskan untuk menangguhkan pilihan raya umum sehingga 17 Oktober, disebabkan wabak Covid-19, lapor agensi berita Sputnik.

Ardern juga mempertimbangkan beberapa pilihan lain termasuk mengadakan pemilihan pada 19 September seperti yang dijadualkan, menangguhkannya selama empat minggu atau mengadakannya pada 21 November.

"Saya memutuskan untuk menukar tarikh pilihan raya selewat-lewatnya empat minggu sehingga 17 Oktober. Pada akhir minggu lalu, saya diberitahu ia mungkin boleh diadakan pada tarikh ini dan kurang berisiko berbanding jika kita mengekalkan status quo," kata Ardern semasa taklimat media yang disiarkan di Facebook.

Minggu lalu, New Zealand merekodkan empat kes baharu untuk pertama kalinya dalam masa 102 hari mendorong pihak berkuasa mengenakan peraturan kuarantin di Auckland.

Sehingga kini New Zealand mengesahkan 1,271 kes, dengan jumlah korban seramai 22 orang. - Bernama

Artikel Berkaitan: