Sila log masuk terlebih dahulu.

'Anwar bebaskanlah Najib untuk menang pilihan raya' - Zaid

A
A
A

BERITA SEMASA 14 JUN 2023

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menggesa kerajaan supaya membebaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kini sedang menjalani hukuman penjara.

Menurut Datuk Zaid, pembebasan Datuk Seri Najib itu penting kerana beliau merupakan tulang belakang kepada UMNO.

Jelasnya, sekiranya bekas Presiden UMNO itu berjaya dilepaskan, ia mampu membantu memperkuat dan memberi kemenangan terhadap pimpinan kerajaan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menghadapi gelombang pihak lawan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/263427/berita/nasional/anwar-bebaskanlah-najib-untuk-menang-pilihan-raya---zaid

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa