Pengarah penguatkuasa MBSA ditahan SPRM

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Pengarah Jabatan Penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ditahan bagi membantu siasatan selepas disyaki terbabit dalam sindiket melindungi premis perniagaan haram.

Difahamkan, pengarah berusia 59 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM pada jam 10 pagi tadi.

Timbalan Ketua Pesuruhajaya (Operasi), Datuk Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan tangkapan ini, namun enggan mengulas lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga lagi penguat kuasa MBSA direman

Empat penguat kuasa MBSA, penjual rokok seludup direman

Kes judi Sungai Buloh: SPRM tahan pegawai MBSA

Penahanan itu menjadikan seramai sembilan penguat kuasa MBSA ditahan SPRM sejak operasi khas dijalankan selepas susulan pembongkaran premis perniagaan haram di Sungai Buloh menjadi tular di media sosial.

Difahamkan, pegawai berkenaan akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Artikel Berkaitan: