Dewan Rakyat lulus Belanjawan 2027

Anwar bergambar bersama ahli-ahli Parlimen ketika menghadiri Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima, Parlimen Ke-15 di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen pada Khamis. Foto Bernama
Anwar bergambar bersama ahli-ahli Parlimen ketika menghadiri Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima, Parlimen Ke-15 di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen pada Khamis. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat pada Khamis meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2027, selepas dibentangkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Oktober lepas.

Rang undang-undang berkenaan diluluskan dengan lebih suara bersetuju melalui undian suara.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ramli Mohd Nor mengumumkan kelulusan itu selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. 

Bertemakan 'Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi', Belanjawan 2027 menggariskan lapan lunas utama merangkumi komitmen untuk kehidupan rakyat lebih baik sehingga ke agenda memperkukuh daya tahan dan masa depan negara.

Belanjawan kelima di bawah Kerajaan Madani itu melibatkan peruntukan kerajaan berjumlah RM459.8 bilion, selain RM25 bilion pelaburan daripada syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), RM11 bilion pelaburan awam-swasta serta RM14.2 bilion pelaburan Badan Berkanun Persekutuan dan Syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD).

Ini menjadikan keseluruhan Belanjawan 2027 meneruskan dasar fiskal mengembang sebanyak RM510 bilion. 

Persidangan bersambung Isnin. - Bernama

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!