Kostas Tsimikas perkuat Liverpool

Kostas Tsimikas.- Gambar kecil:Jurgen Klopp
Kostas Tsimikas.- Gambar kecil:Jurgen Klopp
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp mengakui gembira pengrekrutan pertahanan baharu The Reds, Kostas Tsimikas yang disifatkannya mempunyai karakter yang diperlukan dalam membarisi kesebelasan utama juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Pemain posisi bek kiri berusia 24 tahun itu mempunyai 86 penampilan bersama gergasi Greece, Olympiakos telah membantu kelab itu menjuarai liga utama negara berkenaan musim ini.

Kostas menyertai The Reds dari Olympiakos dengan kontrak lima tahun bernilai 11.7 juta pound dijangka menjadi pilihan kedua Klopp selepas Andy Robertson.

Menurut bekas pengendali Borussia Dortmund itu: "Kami telah lama menonton Kostas dan sangat gembira apabila dia bersetuju. menyertai keluarga besar Liverpool. Ini adalah berita yang tepat sebelum kita kembali bersama menjelang saingan musim baharu.

“Kostas adalah pemain yang sangat baik dengan sikap untuk menang dan bersaing, dan saya sangat menyukai mentalnya. Itu sahaja sudah sesuai dengan mood dan keinginan yang ada di bilik persalinan kami.

"Dia menunjukkan pada usia muda sudah mendapat pengalaman di pelbagai negara yang berbeza dan melakukannya dengan baik - dan dia telah menjadi sebahagian kejayaan Olympiakos untuk memenangi gelaran mereka musim ini dan dalam kempen Eropah mereka."

Pada masa sama, Klopp juga mengharapkan pemain yang akan menyarung jersi nombor 21 akan menjadi antara kesinambungan siri melakar kejuaraan untuk The Reds dalam beberapa musim kebelakangan ini.

"Kostas tahu dari pengalaman peribadi apa yang diperlukan untuk mencabar dan berjaya di dalam negara dan di Liga Juara-Juara, dan dia bercita-cita untuk lebih banyak - sama seperti kita.

Artikel Berkaitan:

"Dia telah menentang beberapa lawan yang sangat sukar dalam beberapa musim terakhir dan melakukannya dengan baik dan kami tahu dia menikmati cabaran, yang sangat sesuai untuk kami.

"Atas sebab itu, kami gembira mengetahui bahawa kami akan menemaninya untuk tahun-tahun mendatang. Saya sangat gembira." katanya.