Hanya khabar angin, kata Osman

Osman Sapian
Osman Sapian
A
A
A

JOHOR BAHRU- Hanya khabar angin, demikian reaksi bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian berhubung desas-desus wujud gerakan di peringkat akar umbi Bersatu negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang akan keluar parti dan menyokong parti baharu Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Setakat ini cuma dengar khabar angin wujud gerakan di peringkat akar umbi Bersatu negeri. Kalau ADUN saya tidak dengar lagi ura- ura ada yang hendak sertai parti Dr Mahathir.

"Parti baharu ini belum wujud lagi. Pada pandangan saya kena tengok dulu, hala tujunya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Beliau yang juga ADUN Kempas berkata demikian selepas diajukan soalan mengenai ahli Bersatu Johor memberontak mahu menyertai parti baharu Dr Mahathir sebagaimana yang dilaporkan sebuah portal baru- baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Mahathir tubuh parti baharu, tidak terikat dengan PH atau PN

Jumaat lalu, Dr Mahathir mengumumkan penubuhan sebuah parti Melayu baharu yang turut mendapat sokongan dua ahli Parlimen dari Johor iaitu Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Dr Shahruddin Mohd Salleh dan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik.

Artikel Berkaitan: