X

Kindly register in order to view this article
!

MPKL sita tong aiskrim penjaja warga asing

Tindakan sita dilakukan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) terhadap warga asing yang berniaga aiskrim tanpa lesen di Pantai Morib, semalam.
A
A

BANTING – Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) semalam mengambil tindakan terhadap penjaja warga asing yang menjual aiskrim di Pantai Morib, di sini.

Yang Dipertua MPKL, Datuk Amirul Azizan Abd Rahim berkata, pihaknya tidak pernah memberikan lesen kepada warga asing untuk berniaga di daerah ini dan tindakan telah diambil dengan menyita tong aiskrim berkenaan.

"Kita juga dapati peniaga warga asing ini sering menjual aiskrim dengan membawa masuk motosikal ke kawasan Pantai Morib.

“Ini boleh membahayakan pengunjung-pengunjung yang beriadah terutama pada waktu hujung minggu di sekitar pantai tersebut," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, pihaknya akan memastikan tiada penjaja atau peniaga warga asing menjalankan perniagaan di daerah ini.

Katanya, tindakan diambil mengikut Undang-Undang Kecil ( UUK) 3 Penjaja Majlis Daerah Kuala Langat 2007.

Jelasnya, sehubungan dengan itu, sekali lagi beliau menasihati penjaja atau peniaga yang ingin menjalankan perniagaan supaya memperolehi lesen yang sah daripada MPKL.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!