X

Kindly register in order to view this article
!

Betty akan didakwa babitkan kes AMLA

A
A

GEORGETOWN - Isteri bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, Betty Chew, yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini untuk membantu siasatan berhubung kaitannya dengan sebuah syarikat swasta akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth pada 11 Ogos ini.

Betty yang hadir di ibu pejabat SPRM di sini pada 10.45 pagi ditemani peguam, Lee Khai dan adik iparnya, Lim Hui Ying.

Peguamnya, Lee Khai berkata, anak guamnya ke SPRM pagi tadi untuk merekodkan kenyataan untuk membantu siasatan SPRM mengenai penglibatan beliau dengan sebuah syarikat swasta, Excel Property Management and Consultancy Sdn Bhd.

“Siasatan ini berkaitan perunding perundangan yang beliau tawarkan kepada syarikat dan ia disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

“Dia akan didakwa pada Selasa pagi di Mahkamah Butterworth,” katanya sebelum meninggalkan pejabat SPRM di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Guan Eng hadir ke pejabat SPRM

Isteri Guan Eng ditahan SPRM

Beliau berkata, Hui Ying tidak terlibat dalam kes itu dan kehadirannya di situ adalah sebagai penjamin. Betty diikat jamin RM50,000.

Bagaimanapun, Khai menafikan siasatan ke atas Betty ada kaitan dengan projek kontroversi terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.

“Tidak. Tiada kaitan dengan projek terowong dasar laut,” katanya.

Selepas lebih lima jam, Betty dilihat meninggalkan pejabat SPRM Pulau Pinang pada 4.30 petang diiringi adik iparnya, Hui Ying dan Khai .

ARTIKEL BERKAITAN: Pemimpin DAP bersolidariti, sedia lawan untuk Guan Eng

Kes terowong: SPRM sahkan Lim Guan Eng didakwa esok

Terdahulu, Guan Eng didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan meminta suapan bagi membantu sebuah syarikat dilantik untuk melaksanakan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Guan Eng mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Beliau juga akan didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada 10 dan 11 Ogos di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!