Pulau Pinang catat satu kes positif Covid-19

Pulau Pinang hilang status zon hijau apabila mencatatkan satu kes positif wabak Covid-19 hari ini. - Gambar hiasan GettyImages
Pulau Pinang hilang status zon hijau apabila mencatatkan satu kes positif wabak Covid-19 hari ini. - Gambar hiasan GettyImages
A
A
A

GEORGETOWN - Pulau Pinang hilang status zon hijau apabila mencatatkan satu kes positif wabak Covid-19 di Sungai Jawi, Seberang Perai Selatan (SPS) hari ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, penambahan kes terbaharu itu menjadikan jumlah positif Covid-19 di Pulau Pinang sebanyak 122 kes.

"Kerajaan negeri mengambil maklum berhubung satu kes baharu positif Covid-19 yang dicatatkan di Pulau Pinang seperti diumumkan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) sebentar tadi.

"Oleh itu, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan adalah 122 kes sekali gus memadamkan status negeri hijau yang dipegang Pulau Pinang sejak 91 hari lalu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, rakyat di negeri ini diminta kekal bertenang dan tidak menyebarkan maklumat tidak sahih berkaitan kes Covid-19.

"Semua rakyat di negeri ini diminta terus mematuhi tatacara prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk amalan 4P iaitu penjarakan fizikal; pakai pelitup muka, pencucian tangan menggunakan sabun dan perhatikan gejala Covid-19.

Artikel Berkaitan: