APMM Kuala Kurau bantu lupus abu al-Quran

APMM Kuala Kurau membantu JAIPk melupuskan 150kg abu al-Quran di Perairan Kerian hari ini.
APMM Kuala Kurau membantu JAIPk melupuskan 150kg abu al-Quran di Perairan Kerian hari ini.
A
A
A

KUALA KURAU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) membantu Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) melupuskan 150 kilogram abu al-Quran di Perairan Kerian, kira-kira 10 batu nautika dari muara Kuala Kurau di sini hari ini.

APMM Kuala Kurau dalam satu kenyataan memaklumkan proses pelupusan itu disempurnakan oleh Pegawai Tadbir Agama Islam Bagan Serai, Mohd Hafizi Kariah diiringi Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Sharenliza Ghazali.

“Sebanyak 45 plastik mengandungi abu al-Quran dibawa menggunakan tiga bot termasuk APMM Pulau Pinang dan Jabatan Perikanan Perak kira-kira jam 9.30 pagi.

“Ini merupakan kali pertama APMM Kuala Kurau membantu Pejabat Pentadbiran Agama Islam Bagan Serai untuk membawa abu untuk dilupuskan mengikut tertib,” katanya.

Al-Quran yang sudah usang dan reput tidak boleh dibuang tanpa menggunakan kaedah betul bagi menjaga kehormatan ayat suci itu.

Artikel Berkaitan: