X

Kindly register in order to view this article
!

Dua pasar tani FAMA dibuka di kawasan PKPD

Halimaton Shaadiah (dua kiri) turun padang menyampaikan bantuan penyerahan bantuan pandemik koronavirus (Covid-19) PKPD Secara Pentadbiran Daerah Kubang Pasu di Dewan Kampung Napoh, dekat sini hari ini.
A
A

JITRA - Dua buah pasar tani dibuka setiap Ahad, Selasa dan Khamis bagi memudahkan penduduk di empat mukim yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di Kubang Pasu dan Padang Terap membeli barangan keperluan basah.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Serta Kebajikan Kedah, Halimaton Shaadiah Saad berkata, pasar yang dibuka di perkarangan Pusat Tranformasi Luar Bandar (UTC) di Pekan Napoh dan Kampung Bendang Dalam, Mukim Binjai, dekat sini akan diuruskan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Menurutnya, pembeli juga dapat membeli barangan pada harga murah.

"Pembukaan pasar tani itu akan memenuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti yang ditetapkan selain mendapat kerjasama dari pihak berkuasa serta Jabatan Kesihatan Negeri,"katanya pada sidang selepas penyerahan bantuan pandemik koronavirus (Covid-19) PKPD Secara Pentadbiran Daerah Kubang Pasu di Dewan Kampung Napoh, dekat sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, tiga buah kedai runcit turut diberi kebenaran beroperasi supaya penduduk dapat membeli barangan keperluan.

Halimaton Shaadiah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam berkata, satu pasukan keselamatan bergerak diwujudkan untuk memasuki ke kawasan terjejas bagi membantu mengedarkan ubat-ubatan yang diperlukan penduduk.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!