Ibu jari tersepit pada pelipat meja

Anggota bomba mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk mengeluarkan jari kanak-kanak yang tersepit
Anggota bomba mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk mengeluarkan jari kanak-kanak yang tersepit
A
A
A

NIBONG TEBAL - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun terpaksa menanggung perit selepas ibu jari tangan kanannya tersepit pada pelipat besi meja tengah hari tadi.

Dalam kejadian jam 12.41 tengah hari itu, kanak-kanak berkenaan dikejarkan ke Unit Hospital Sungai Bakap untuk menerima rawatan sebelum sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap tiba ke hospital untuk memberi bantuan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap, PB Syahidan Syahid berkata, selepas berjaya menenangkan kanak-kanak itu pihaknya mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan jarinya daripada besi pelipat meja itu.

"Akibat kejadian itu ibu jarinya mengalami kecederaan dan kanak-kanak itu diserahkan kepada pihak hospital untuk menerima rawatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Artikel Berkaitan: