Polis rakam keterangan pengawal keselamatan dipukul

Tular di media sosial memaparkan insiden seorang lelaki menampar dan memukul seorang pengawal keselamatan dipercayai menggunakan sebatang kayu.
Tular di media sosial memaparkan insiden seorang lelaki menampar dan memukul seorang pengawal keselamatan dipercayai menggunakan sebatang kayu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis sudah merakam keterangan pengawal keselamatan yang dipukul oleh seorang lelaki di tempat letak kereta di sebuah kondominium di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Rajab Ahad Ismail berkata, pengawal keselamatan yang juga warga Nepal itu hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju kira-kira jam 5.30 petang.

"Kita bekerjasama dengan pihak kedutaan Nepal untuk mengesan mangsa sebelum lelaki berusia 26 tahun itu datang ke IPD Wangsa Maju.

"Mangsa memberikan kerjasama penuh bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kertas siasatan kini dalam proses akhir untuk dilengkapkan sebelum diserahkan ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.

Isnin lalu, polis menahan seorang lelaki warga Nepal bagi membantu siasatan kes pukul pengawal keselamatan yang tular di media sosial.

Pada 31 Julai lalu, satu rakaman video berdurasi 44 saat tular di media sosial memaparkan insiden seorang lelaki menampar dan memukul seorang pengawal keselamatan dipercayai warga asing dipercayai dengan menggunakan sebatang kayu.

Siasatan polis mendapati kejadian itu berlaku di tempat letak kereta sebuah kondominium di Wangsa Maju, 7 Julai lalu.

Artikel Berkaitan: