Polis rakam keterangan MB Kedah esok

Noorsiah, Laporan Sinar Harian pada Selasa
Noorsiah, Laporan Sinar Harian pada Selasa
A
A
A

KUALA LUMPUR - [KEMAS KINI] Polis akan merakam keterangan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung kenyataannya mendakwa Pulau Pinang milik Kedah pada Rabu.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Saaduddin berkata, siasatan berhubung kenyataan itu dibuka selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima laporan polis berhubung kes itu.

"Siasatan berhubung kenyataan itu dibuka selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima laporan polis berhubung kes itu.

"Rakaman percakapan Menteri Besar Kedah akan dibuat esok mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Noorsiah berkata, siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), D5 Bukit Aman mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 dan kes masih pada peringkat siasatan," katanya.

Sebelum itu, Polis Pulau Pinang mengesahkan menerima empat laporan membabitkan Muhammad Sanusi berhubung dakwaan Pulau Pinang milik Kedah.

Pada 29 Mei lalu, Muhammad Sanusi dilaporkan berkata, Kedah dan Pulau Pinang tidak ada sempadan kerana Pulau Pinang masih hak Kedah dan beliau mendakwa Kedah hanya mempunyai sempadan dengan Perak dan Perlis.

Sehubungan itu, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng menggesa seluruh rakyat Malaysia khususnya penduduk Pulau Pinang bangkit menyatakan bantahan terhadap Muhammad Sanusi berhubung kenyataannya itu.

Guan Eng berkata, kenyataan Muhammad Sanusi itu adalah jelas sangat berbahaya dan boleh menimbulkan keresahan serta ketegangan dalam kalangan rakyat khususnya penduduk Pulau Pinang.

Ini kerana, ujar beliau, penduduk Pulau Pinang khususnya akan berasakan mereka boleh kehilangan negeri disebabkan tindakan liar dan tidak bertanggungjawab Muhammad Sanusi yang berterusan mempertikai kedaulatan Pulau Pinang.