X

Kindly register in order to view this article
!

'Jangan terlalu bergantung kepada Messi'

Messi
A
A

BARCELONA diminta tidak terlalu bergantung kepada Lionel Messi, sebaliknya perlu mencari keseimbangan dalam setiap posisi jika berhajat untuk meraih lebih banyak kejuaraan pada masa depan.

Menurut bekas pemain pertahanan Barcelona, Albert Ferrer, prestasi hambar kelab Catalan itu sehingga terlepas kejuaraan La Liga musim ini adalah disebabkan terlalu bergantung kepada bintang Argentina berkenaan.

Ferrer berkata, Barcelona perlu mencari inspirasi baharu dalam kalangan pemain lain sebagai motivasi tambahan dalam memburu kejuaraan selepas mereka mengharungi saingan domestik yang agak mengecewakan musim ini.

“Saya tidak terlalu risau dengan perasaan Messi disebabkan dia berjiwa pemenang. Dia ingin bersaing untuk segala-galanya dan memenangi Liga Juara-Juara. Saya fikir dia akan berada di Barcelona sehingga dia bersara.

“Ini adalah situasi yang unik. Tidak ada pasukan lain yang boleh mengatakan bahawa mereka sangat bergantung pada seseorang. Barcelona perlu bebas daripada Messi, tetapi dia masih yang terbaik.

“Ini petanda baik bahawa Barcelona masih memiliki Messi tetapi pemain lain perlu bermain lebih banyak. Mungkin sukar untuk menandingi Messi tetapi kadang-kadang kelab memerlukan pengaruh daripada pemain lain,” katanya.

Ferrer memberitahu, kelab gergasi Sepanyol itu masih mempunyai beberapa pemain lain seperti Ansu Fati sebagai sumber inspirasi dalam memacu kejayaan The Blaugrana.

“Barcelona perlu menjadikan pemain lain juga sangat penting dan mereka mempunyai beberapa pilihan yang baik. Barcelona harus berubah secara total jika mahu kembali digeruni,” jelasnya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!