Bapa hempas anak ke lantai ditahan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PADANG RENGAS - Hanya kerana marah anak meminta air, seorang bapa tergamak menghempas anak perempuannya berusia tujuh tahun ke lantai rumah dalam kejadian di Kampung Kroh Hilir di sini kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 8.20 malam itu berlaku ketika lelaki berusia 37 tahun terbabit sedang makan sebelum dihampiri anak kecil itu yang meminta air minuman di atas meja.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Deputi Superintenden Zahiri Hassan berkata, suspek yang marah telah bertindak di luar kawalan menghempas kanak-kanak itu ke lantai.

Menurutnya, kejadian itu disedari ibu kanak-kanak terbabit selepas terdengar jeritan kuat mangsa.

"Ketika kejadian ibu mangsa berusia 40 tahun sedang menguruskan jadual persekolahan anak-anaknya.

"Dia kemudian segera membawa mangsa mendapatkan rawatan awal di klinik kesihatan berhampiran sebelum dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan lanjut," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa mengalami luka dan bengkak di dahi kiri akibat terkena bucu meja makan.

"Suspek pada awalnya melarikan diri sebaik kejadian berjaya diberkas di rumahnya pada jam 12 tengah hari semalam.

Artikel Berkaitan:

"Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu kesalahan penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak," katanya.

Zahiri berkata, suspek yang merupakan penganggur baru sahaja dua minggu keluar dari penjara atas kesalahan jenayah selain mempunyai rekod dadah.