Ibu bapa abai anak-anak boleh dipenjara!

Ibu bapa yang gagal mengawasi anak atau remaja bawah umur hingga menyebabkan mereka terlibat dengan sebarang aktiviti menyalahi undang-undang boleh dikenakan hukuman penjara atau denda maksimum RM20,000. - Gambar hiasan 123RF

A
A
A

KISAH seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang memandu kereta milik ayahnya sebelum terbabas melanggar tiang lampu pada malam Selasa sungguh mengejutkan.

Melalui video yang tular, ternyata orang ramai yang menghulurkan bantuan tidak percaya kanak-kanak berkenaan memandu kereta itu sejauh 2.5 kilometer sambil ditemani adik lelakinya berusia tiga tahun yang duduk di kerusi pemandu hadapan.

Terdapat juga satu lagi rakaman video yang tular, memperlihatkan kenderaan itu umpama dipandu oleh seorang pemabuk ataupun pemandunya mengantuk berdasarkan pemanduan yang berbahaya sebelum identiti pemandu itu terbongkar.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari memaklumkan, kereta itu dipandu dari rumahnya tanpa pengetahuan ibu bapa sebelum hilang kawalan serta terbabas masuk ke tepi jalan di Jalan Bukit Tangga, Langkawi, kira-kira jam 11.15 malam.