97 peratus rakyat Malaysia mahu pasaran rokok gelap ditangani segera

Daripada kaji selidik yang dilakukan oleh British American Tobacco (Malaysia) Bhd (BAT Malaysia), seramai sembilan daripada 10 rakyat Malaysia atau 97 peratus memberi maklum balas mahu kerajaan Malaysia mengambil tindakan segera terhadap pasaran gelap rokok yang mengakibatkan berlaku ketirisan lebih RM5 bilion dari segi hasil cukai setiap tahun. Gambar kecil:Jonathan Darlow
Daripada kaji selidik yang dilakukan oleh British American Tobacco (Malaysia) Bhd (BAT Malaysia), seramai sembilan daripada 10 rakyat Malaysia atau 97 peratus memberi maklum balas mahu kerajaan Malaysia mengambil tindakan segera terhadap pasaran gelap rokok yang mengakibatkan berlaku ketirisan lebih RM5 bilion dari segi hasil cukai setiap tahun. Gambar kecil:Jonathan Darlow
A
A
A

KUALA LUMPUR - Daripada kaji selidik yang dilakukan oleh British American Tobacco (Malaysia) Bhd (BAT Malaysia), seramai sembilan daripada 10 rakyat Malaysia atau 97 peratus memberi maklum balas mahu kerajaan Malaysia mengambil tindakan segera terhadap pasaran gelap rokok yang mengakibatkan berlaku ketirisan lebih RM5 bilion dari segi hasil cukai setiap tahun.

BAT Malaysia dalam satu kenyataan berkata, hasil kaji selidik yang merupakan sebahagian daripada kempen 'Stop the Black Market' atau 'Hentikan Pasaran Gelap' itu turut mendapati majoriti besar rakyat Malaysia yang menjadi responden (88 peratus) juga percaya pasaran gelap rokok menghalang pemulihan ekonomi Covid-19.

"Tiga faktor utama yang menyebabkan pasaran gelap rokok berleluasa ialah rasuah (38 peratus), cukai tinggi (27 peratus) dan agensi penguatkuasaan undang-undang memiliki sumber terhad untuk menangani masalah tersebut (19 peratus)," kata kenyataan itu hari ini.

Kaji selidik di seluruh negara yang dikelola oleh BAT Malaysia pada Julai 2020 itu dilakukan secara dalam talian melibatkan seramai 2,000 orang dewasa Malaysia.

Menurut kenyataan itu lagi, sebanyak 35 peratus rakyat Malaysia percaya bahawa mengurangkan perbezaan harga antara produk rokok sah dan rokok seludup manakala sebanyak 29 peratus memberi maklum balas yakin kerjasama yang lebih menyeluruh antara agensi penguatkuasaan undang-undang adalah penting dalam usaha membanteras pasaran rokok gelap.

Sementara itu, Pengarah Urusan BAT Malaysia, Jonathan Reed berkata, pihaknya sangat mengalu-alukan respons bersemangat rakyat Malaysia terhadap kempen 'Hentikan Pasaran Gelap' kerana sejak dimulakan pada 6 Julai 2020, laman web kempen itu telah meraih lebih daripada 30,000 pengunjung unik.

“Daripada maklum balas lain yang kami terima, sangat jelas bahawa rakyat Malaysia sangat bimbang terhadap masalah rokok pasaran gelap dan bersedia menyokong tindakan segera kerajaan untuk membanteras sindiket jenayah yang beroperasi di belakangnya.

Artikel Berkaitan:

"Sokongan ini berpunca daripada keinginan untuk melihat pemulihan ekonomi pasca Covid-19,” katanya.

Beliau berkata, susulan kepada kaji selidik itu, BAT Malaysia akan menyiarkan kepada umum hasil kaji selidik dan melancarkan kaji selidik kedua di dalam laman web kempen https://stoptheblackmarket.com.my/ sebagai saluran bagi rakyat Malaysia melahirkan pendapat mengenai kaedah yang boleh dilakukan bagi menangani isu-isu ini secara pantas dan menyeluruh.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen Hentikan Pasaran Gelap British American Tobacco Malaysia, sila lawati https://stoptheblackmarket.com.my/