29 kompaun langgar SOP PKPP di Selangor

Imran (kanan) dilantik menjadi Ketua Polis Daerah KLIA yang baharu menggantikan Zulkifli (kiri) dengan disaksikan Noor Azam.
Imran (kanan) dilantik menjadi Ketua Polis Daerah KLIA yang baharu menggantikan Zulkifli (kiri) dengan disaksikan Noor Azam.
A
A
A

SEPANG - Sebanyak 29 kompaun atas pelbagai kesalahan pelanggaran prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan telah dikeluarkan di Selangor semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, sebanyak 18 kompaun dikeluarkan atas kesalahan penjarakkan sosial serta melakukan terlarang, manakala 11 kompaun atas kesalahan tidak menggunakan pelitup muka di tempat tumpuan awam.

"Antara aktiviti terlarang yang dikesan adalah seperti pusat hiburan selain restoran yang tidak mematuhi SOP.

"Orang ramai diingatkan untuk jaga diri sendiri, pakai pelitup muka, penjarakkan sosial serta pencuci tangan. Sekiranya tidak sihat, usah keluar dari rumah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah KLIA di IPD KLIA hari ini.

Majlis berkenaan menyaksikan Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman dilantik menjadi Ketua Polis Daerah KLIA yang baharu berkuatkuasa hari ini.

Pelantikan beliau bagi menggantikan Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah yang berpindah ke jawatan disandang Imran sebelum ini.

Mengulas berkenaan individu yang dikuarantin di rumah, Noor Azam berkata, pihaknya telah terima senarai nama individu terbabit.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pihaknya telah buat pemantauan dari masa ke masa secara berjadual.

"Kita pantau sama ada mereka ada di rumah atau tidak. Kalau mereka ini dikesan keluar dari rumah, itu adalah satu kesalahan," katanya.