Mazli dilantik Ketua Polis Terengganu baharu

Majlis serah terima tugas Ketua Polis Terengganu baharu di antara Rohaimi (kiri) dan Mazli (kanan) disaksikan Sahabuddin di D'Rendang Hall, IPK Terengganu, Kuala Terengganu pada Rabu.
Majlis serah terima tugas Ketua Polis Terengganu baharu di antara Rohaimi (kiri) dan Mazli (kanan) disaksikan Sahabuddin di D'Rendang Hall, IPK Terengganu, Kuala Terengganu pada Rabu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Mazli Mazlan dilantik sebagai Ketua Polis Terengganu baharu berkuat kuasa pada Rabu.

Pelantikan itu bagi menggantikan Datuk Rohaimi Md Isa yang akan bertugas sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas Ketua Polis Terengganu baharu di antara Rohaimi dan Mazli disaksikan oleh Pengarah Logistik dan Teknologi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Sahabuddin Abd Manan di D'Rendang Hall, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini pada Rabu.

Turut diadakan majlis serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Terengganu baharu di antara Datin Azizah Marlisa Ramli dengan Datin Izzati Shafii disaksikan Datin Seri Nor Aidila Abdul Majid.

Sementara itu, Mazli pada sidang akhbar berkata, pelantikan beliau sebagai Ketua Polis Terengganu yang ke-31 memberi peluang untuk memastikan kadar indeks jenayah di negeri itu terus menurun.

Mazli
Mazli

"Saya akan meneruskan semua agenda yang telah dirancang dan strategi yang telah diatur sebelum ini sama ada dalam pencegahan jenayah dan mengurangkan indeks jenayah untuk memastikan indeks jenayah yang telah rendah itu diturunkan lagi.

"Ia bagi memberi impak yang besar kepada Terengganu di samping memastikan rakyatnya dapat hidup dengan selesa serta mengekalkan keharmonian yang ada di negeri ini," ujarnya.