X

Kindly register in order to view this article
!

Dua suspek kes bunuh direman

Kedua-dua suspek kes bunuh seorang lelaki di Taman Senai Jaya ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Kulai pagi tadi.
A
A

KULAI - Dua suspek kes bunuh seorang lelaki di Taman Senai Jaya semalam direman enam hari bermula hari ini sehingga 9 Ogos depan.

Majistret Sharifah Maleeha Syed Husin membenarkan perintah reman itu ke atas dua suspek berusia 34 dan 46 tahun bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki berusia 55 tahun ditemui meninggal dunia dalam keadaan cedera parah di rumahnya di Taman Senai Jaya, Senai semalam.

Kejadian berkenaan dimaklumkan seorang pemanggil di kawasan berkenaan kepada polis pada jam 8.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, pemeriksaan ke atas mangsa mendapati terdapat kecederaan iaitu kesan torehan di kepala, lebam di sebelah kiri kepala dan kesan lebam di bahagian mata sebelah kiri.

Menurutnya, semakan dan pemeriksaan polis di lokasi kejadian menemui sebilah pisau lipat terselit antara ibu jari telunjuk tangan kiri mangsa.

Katanya, polis turut menjumpai sebatang kayu kepala katil berbentuk bulat di dalam longkang belakang rumah yang mempunyai kesan darah.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!