Masih ramai peniaga tidak patuh SOP PKPP

Anggota bertugas membuat pemantauan di Pasar Awam Kulim pagi tadi.
Anggota bertugas membuat pemantauan di Pasar Awam Kulim pagi tadi.
A
A
A

KULIM - Sebanyak 63 kompaun dikenakan terhadap individu di daerah ini atas kesalahan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dikuatkuasakan sejak 10 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superitendan Azhar Hashim berkata, kebanyakan individu yang dikompaun adalah peniaga yang mengambil sikap sambil lewa tidak mengamalkan SOP ditetapkan.

Menurutnya, antara kesalahan yang dikenal pasti termasuk gagal menyediakan alat bacaan suhu, tiada buku rekod kedatangan pelanggan serta gagal mematuhi penjarakkan fizikal yang ditetapkan.

"Selain itu, penggunaan pelitup muka adalah wajib, kegagalan memakainya ketika berada di tempat awam adalah satu kesalahan," katanya ketika hadir ke Program Ibadah Korban peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim di Surau Nurulsaadah di sini hari ini.

Menurut beliau, peniaga dan pengunjung pasar awam yang gagal memakai pelitup muka akan dikenakan tindakan.

Katanya, pemantauan dibuat menunjukkan masih terdapat pengunjung yang gagal mematuhi penjarakkan fizikal ketika berada di lokasi tumpuan.

"Saya memandang serius tentang perkara ini dan akan memastikan tindakan diambil sekiranya masih ada dalam kalangan mereka yang gagal mematuhi PKPP," katanya.

Artikel Berkaitan: