X

Kindly register in order to view this article
!

UPSI anjur program didik jiwa merdeka

MOHD HAIRY
A
A

TANJUNG MALIM - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menganjurkan pelbagai aktiviti sempena bulan kemerdekaan pada tahun ini yang bertujuan mendidik pelajar dan masyarakat mencintai negara.

Dekan Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI, Profesor Madya Dr Mohd Hairy Ibrahim berkata, program itu melibatkan pertandingan dan diskusi secara webinar bertemakan pembangunan dan sejarah.

Menurutnya, program anjuran Fakulti Sains Kemanusiaan dan Jabatan Sejarah itu sudah dibuka penyertaan bermula 27 Julai lalu sehingga 24 Ogos ini kepada orang awam dan pelajar.

“Sebanyak tiga aktiviti dipertandingkan iaitu merakam gambar bangunan bersejarah, mereka poster digital dan menghasilkan video kreatif bertemakan perpaduan serta perjuangan kemerdekaan,” katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Mohd Hairy berkata, webinar pula akan diadakan dalam tiga sesi pada 17, 19 dan 24 Ogos yang membicarakan sejarah tempatan berkaitan Taiping, Muallim serta diskusi pemikiran tokoh ilmuan terkenal, Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Za’aba.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!