X

Kindly register in order to view this article
!

ATM cekup PATI, tekong

PATI yang cuba menyusup keluar dari negara ini dengan bantuan tekong darat warga tempatan di pesisiran Pantai Punggai, Bandar Penawar, Johor malam tadi.
A
A

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menumpaskan cubaan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menyusup keluar dari negara ini dengan bantuan tekong darat warga tempatan di pesisiran Pantai Punggai, Bandar Penawar, Johor malam tadi.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia, Kem Terendak, Melaka dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, operasi Op Benteng kira-kira jam 10.30 malam itu berjaya menahan enam PATI warga Indonesia, masing-masing dua tekong laut warga Indonesia serta tekong darat warga tempatan.

"Tangkapan itu dilakukan sepasukan anggota Quick Reaction Force (QRF) susulan mengesan PATI berkenaan sedang menunggu bot untuk keluar dari Malaysia.

"Kita telah merampas tujuh telefon bimbit, wang tunai RM2,404 dan 4 juta rupiah dan sebuah bot serta enjin Yamaha 200HP yang keseluruhannya bernilai RM147,344," katanya.

Antara yang ditahan dalam Op Benteng di persisiran Pantai Punggai, Bandar Penawar, Johor, malam tadi.
Antara yang ditahan dalam Op Benteng di persisiran Pantai Punggai, Bandar Penawar, Johor, malam tadi.

Tambahnya, kesemua PATI akan diserahkan ke Balai Polis Bayu Damai untuk tindakan lanjut sebelum menjalani ujian saringan Covid-19.

Katanya, maklumat turut disalurkan ke Bilik Gerakan National Task Force di KD Sultan Ismail untuk pemantauan lanjut di perairan kerana mengesyaki terdapat bot dari Indonesia akan masuk ekoran air pasang.

"Pasukan akan meneruskan kawalan keselamatan di persisiran pantai," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!