X

Kindly register in order to view this article
!

16 pemegang kad UNHCR gagal patuhi jarak fizikal ditahan

Penduduk sekitar Bandaraya Alor Setar mematuhi pemakaian pelitup muka seperti arahan dikuatkuasakan kerajaan bermula semalam.
A
A

ALOR SETAR - Polis menahan 16 individu pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) kerana gagal mengamalkan penjarakan fizikal di kedai makan sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, dalam tempoh bermula 10 Jun lalu sehingga semalam seramai 240 individu dikompaun.

Pasukan pemantau IPD Kota Setar memeriksa buku catatan pelanggan disediakan sebuah premis makanan.
Pasukan pemantau IPD Kota Setar memeriksa buku catatan pelanggan disediakan sebuah premis makanan.

"Mereka termasuk pengusaha premis yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti penjarakan fizikal, pengambilan suhu dan tidak mencatatkan butiran pelanggan.

"Orang ramai di sekitar Bandaraya Alor Setar mula mematuhi arahan penggunaan pelitup muka sejak kerajaan mewajibkannya bermula semalam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.< /p>

Pengguna perkhidmatan tren menjalani pemeriksaan di Stesen KTMB Alor Setar.
Pengguna perkhidmatan tren menjalani pemeriksaan di Stesen KTMB Alor Setar.

Mohd Redzuan berkata, pasukan pemantau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) IPD Kota Setar giat menjalankan pemantauan terhadap pematuhan pemakaian pelitup muka di 18 lokasi sekitar bandar terbabit semalam.

"Dalam tinjauan di beberapa lokasi tumpuan termasuklah Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), kesemua mereka memakai pelitup muka, melakukan pemeriksaan suhu badan dan mengamalkan penjarakan sosial," katanya.

Pasukan Pemantau IPD Kota Setar melakukan pemantauan SOP di sebuah kedai runcit sekitar Bandar Alor Setar, di sini, semalam.
Pasukan Pemantau IPD Kota Setar melakukan pemantauan SOP di sebuah kedai runcit sekitar Bandar Alor Setar, di sini, semalam.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus