X

Kindly register in order to view this article
!

'Bank di Malaysia terlibat 1MDB perlu disiasat'

A Kadir menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.
A
A

SHAH ALAM - Bank-bank Malaysia yang terlibat dengan pengaliran dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu disiasat dan jika terbukti mereka perlu dihadapkan ke mahkamah.

Tokoh wartawan, Datuk A Kadir Jasin berkata, denda ke atas AmBank tidak memadai malah peranan Bank Negara dalam hal ini juga wajar disiasat.

Beliau mendakwa, kedudukan skandal jenayah 1MDB sebagai the crime of the century (jenayah terbesar abad ini) terus diperkukuhkan.

"Pada 28 Julai lalu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 72 tahun dan denda RM210 juta. Kerana hukuman penjara itu berjalan serentak (concurrent), dia akan dipenjarakan 12 tahun saja. Dia akan merayu kepada Mahkamah Rayuan.

"Kemudian pada 31 Julai, sebuah mahkamah Switzerland mendapati seorang pegawai bank Coutts & Co. bersalah dan mendendanya 50,000 Franc (kira-kira RM227,000)," katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Katanya, ini disebabkan tiada laporan dibuat susulan kemasukan sebanyak AS$700 juta (kira-kira RM3.1 bilion) duit haram 1MDB ke dalam banknya atas nama ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low.

"Ini berikutan perbicaraan mahkamah dan tindakan undang-undang lain di Singapura, Amerika Syarikat, United Kingdom, Abu Dhabi dan terbaru di Kuwait.

"Jho Low faham pemikiran orang Melayu. Sebab itulah dia guna orang putih dan orang Arab untuk skim penipuan 1MDB ini. Dia tahu ramai Melayu lemah bila sebut orang putih dan orang Arab," katanya.

Tambahnya, mahkamah Malaysia juga mula bertindak dengan cukup berwibawa.

"Kalau tidak, Malaysia akan dipandang cukup rendah," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!