X

Kindly register in order to view this article
!

Polis buru lelaki larikan cincin

Video suspek yang tular di media sosial selepas melarikan sebentuk cincin di sebuah kedai emas di Kota Tinggi kelmarin.
A
A

KOTA TINGGI - Polis sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai melarikan sebentuk cincin berharga RM1,600 dari sebuah kedai emas di daerah ini kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Hussin Zamora berkata, suspek datang ke kedai emas terbabit dan berurusan dengan seorang jurujual bagi melihat sebentuk cincin.

Katanya, jurujual terbabit kemudian memberikan sebentuk cincin emas 916 bercorak sempoa kepada lelaki itu.

"Suspek telah mencuba cincin itu pada jarinya sebelum melarikan cincin tersebut," katanya.

Hussin berkata, salah seorang pekerja kedai emas itu cuba mengejar suspek namun gagal tetapi pengadu dapat mengecam wajah suspek.

Menurutnya, suspek yang memakai baju kemeja biru dan seluar jeans biru gelap bertubuh tinggi, berkulit gelap dan bermisai.

"Tiada pengawal keselamatan di tempat kejadian namun kamera litar tertutup (CCTV) merakam muka suspek dengan jelas," katanya.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Terdahulu tular di media sosial video berdurasi 10 saat memaparkan suspek datang ke sebuah kedai emas dan mencuba sebentuk cincin sebelum melarikan cincin itu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus