RSN Rayer-Abdul Azeez bertegang urat

Abdul Azeez, RSN Rayer
Abdul Azeez, RSN Rayer
A
A
A

KUALA LUMPUR- Tindakan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) yang memasuki Dewan Rakyat tanpa memakai pelitup muka kembali mencetuskan kekecohan pada persidangan sesi petang hari ini.

Kekecohan itu tercetus apabila RSN Rayer (PH-Jelutong) bangkit memberitahu Timbalan Speaker, Datuk Seri Azalina Othman Said bahawa Abdul Azeez turut hadir memberi sokongan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sebelah pagi tadi.

Katanya, tindakan ahli Parlimen Baling itu jelas melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan selain boleh membahayakan keselamatan ahli Parlimen lain yang berada di dewan tersebut.

"Berkenaan isu Covid-19 dan SOP ahli-ahli yang hadir dalam dewan. Menteri (Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) pun ada sini.

“Pagi tadi ada ahli Parlimen telah hadir di pekarangan mahkamah tanpa memakai pelitup muka dan gambar itu telah tular di media sosial. Antaranya Ahli Parlimen Baling (Abdul Azeez)," katanya.

Bagaimanapun dakwaan itu disanggah Abdul Azeez sehingga berlaku ketegangan antara kedua-dua ahli Parlimen itu.

"Saya pakai mask. Jangan nak menipu," katanya.

Keadaan kembali reda selepas Azalina memberitahu Dewan Rakyat sedang mendengar perbahasan.

Artikel Berkaitan: