Kambing ditahan kerana tak pakai pelitup muka

Polis di Beconganj, Kanpur menahan seekor kambing kerana tidak memakai pelitup muka dalam tempoh lockdown. - Foto Agensi
Polis di Beconganj, Kanpur menahan seekor kambing kerana tidak memakai pelitup muka dalam tempoh lockdown. - Foto Agensi
A
A
A

LUCKNOW - Seekor kambing ‘ditahan’ polis di India gara-gara tidak memakai pelitup muka.

Kejadian pelik itu berlaku di kawasan Beconganj di Kanpur apabila pihak berkuasa turut membawa haiwan itu ke balai polis dengan menaiki jip.

Pemilik kambing tersebut yang menyedari kejadian itu bergegas ke balai polis dan dia kemudiannya diberi amaran supaya tidak membiarkan haiwan terbabit berkeliaran.

Difahamkan, polis terbabit pada mulanya mahu menahan seorang remaja yang tidak memakai pelitup muka.

“Dia bertindak melarikan diri sejurus melihat pihak berkuasa dan meninggalkan kambing tersebut. Polis kemudiannya ‘menahan’ haiwan itu,” kata jurucakap balai polis Anwarganj.

Salah seorang anggota polis yang terlibat dalam operasi itu mendakwa kambing tersebut telah melanggar perintah lockdown kerana tidak memakai pelitup muka.

“Ramai orang kini memakaikan pelitup muka pada anjing mereka. Jadi, mengapa tidak kambing juga berbuat demikian?” ujarnya.

Kenyataan itu bagaimanapun menjadi bahan jenaka di media sosial. - Agensi

Artikel Berkaitan: