Tanah besar China catat 61 kes baharu Covid-19

Sebanyak 41 daripada 57 kes tempatan dilaporkan di Wilayah Autonomi Xinjiang Uygur, 14 di wilayah Liaoning dan dua di Jilin.
Sebanyak 41 daripada 57 kes tempatan dilaporkan di Wilayah Autonomi Xinjiang Uygur, 14 di wilayah Liaoning dan dua di Jilin.
A
A
A
BEIJING - Pihak berkuasa kesihatan hari ini menerima laporan 61 kes baharu Covid-19 yang disahkan termasuk empat kes import dan 57 jangkitan tempatan di tanah besar China, lapor agensi berita Xinhua.

Sebanyak 41 daripada 57 kes tempatan dilaporkan di Wilayah Autonomi Xinjiang Uygur, 14 di wilayah Liaoning dan dua di Jilin, kata Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan dalam laporan hariannya.

Semua kes itu dicatatkan pada Ahad dengan tiada kematian dilaporkan. - Bernama
Artikel Berkaitan: