Veteran polis boleh bantu kekalkan keamanan

Jasvir Singh (depan, tiga dari kiri) bergambar bersama veteran polis pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Ke-12 PBPM Cawangan Bentong di Kompleks Masjid Chamang di Bentong semalam.
Jasvir Singh (depan, tiga dari kiri) bergambar bersama veteran polis pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Ke-12 PBPM Cawangan Bentong di Kompleks Masjid Chamang di Bentong semalam.
A
A
A

BENTONG - Veteran polis boleh memainkan peranan penting dalam membantu pihak polis mengekalkan keamanan komuniti.

Pegawai Khas Menteri Besar yang juga Ahli Majlis Perbandaran Bentong, Datuk Jasvir Singh Ram Singh berkata, selain membantu polis, golongan itu boleh bertindak sebagai penghubung untuk memberi penjelasan kepada komuniti mengenai segala tohmahan dan fitnah serta persepsi salah terhadap pasukan keselamatan itu.

Menurutnya, beliau secara peribadi amat berterima kasih dan menyanjung tinggi anggota polis termasuk pesara polis atas sumbangan dan komitmen serta pengorbanan mereka demi mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara.

"Pesara polis masih mempunyai semangat yang tinggi untuk terus menabur bakti sekali gus mampu membantu pasukan keselamatan negara dalam mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan negara," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Ke-12 Persatuan Bekas Polis Malaysia Cawangan Bentong di Dewan Madrasah Pengajian Ummah, Kompleks Masjid Chamang di Bentong semalam.

Hadir sama Pengerusi Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Pahang, Datuk Mohd Nor Abd Latif dan Pengerusi PBPM Cawangan Bentong, Mohd Hamzah serta ahli PBPM Bentong.

Ujarnya lagi, semua pihak perlu memberi perhatian kepada veteran polis bagi memastikan mereka sentiasa mendapat pembelaan sewajarnya selain bantuan kepada persatuan bagi melaksanakan pelbagai aktiviti.

Artikel Berkaitan: